• Jumat, 05 Oktober 2012

      Biografi Imam Syafi`i (bag:1)




      Imam Syafi’i r.a. (150H –204H ) I
      Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin Al-‘Abbas bin ‘Uthman bin Shafi’ bin Al-Saibbin ‘Ubaid bin Yazid bin Hashim bin ‘Abdal-Muttalib bin ’Abd Manaf bin Ma’n bin Kilab bin Lu’i bin Ghalib bin Fahr binMalik bin Al-Nadr bin Kinanah bin Khuzaimahbin Mudrakah bin Ilias bin Al-Nadr bin Nizarbin Ma’d bin ‘Adnan bin Ud bin Udad.Keturunan beliau bertemu dengan titisanketurunan Rasulullah s.a.w pada ‘Abd Manaf.Ibunya berasal dari Kabilah Al-Azd, satu kabilah Yaman yang masyhur.Penghijrahan ke Palestina Sebelum beliau dilahirkan, keluarganya telah berpindah ke Palestina kerana beberapa keperluan dan bapanya terlibat di dalam angkatan tentera yang ditugaskan untuk mengawal perbatasan Islam di sana. Kelahiran dan Kehidupannya Menurut pendapat yang masyhur, beliau dilahirkan di Ghazzah – Palestina pada tahun 150Hijrah. Tidak lama sesudah beliau dilahirkan bapak- nya meninggal dunia. Tinggallah beliau bersama-sama ibunya sebagai seorang anak yatim. Kehidupan masa kecilnya dilalui dengan serba kekurangan dan kesulitan.
      PENGEMBARAAN IMAM AL-SyAFI’I

      Hidup Imam As-Syafi’i (150H – 204H ) merupakan satu sisi pengembaraan yang tersusun di dalam bentuk yang sungguh menarik dan amat berkesan terhadap pembentukan criteria ilmiah dan popularitasnya. Al-Shafi’i di Makkah ( 152H – 164H )
      Pengembaraan beliau bermula sejak beliau berumur dua tahun lagi (152H), ketika itu beliaudibawa oleh ibunya berpindah dari tempat kelahirannya iaitu dari Ghazzah, Palestina keKota Makkah untuk hidup bersama kaum keluarganya di sana.Di kota Makkah kehidupan beliau tidak tetap kerana beliau dihantar ke perkampungan BaniHuzail, menurut tradisi bangsa Arab ketika itu bahawa penghantaran anak-anak muda mereka ke perkampungan tersebut dapat mewarisi kemahiran bahasa ibunda mereka Dari sumber asalnya yang belum lagi terpengaruh dengan integrasi bahasa-bahasa asing seperti bahasa Parsi dan sebagainya. Satu perkara lagi adalah supaya pemuda mereka dapat dibekalkan dengan Al-Furusiyyah Latihan Perang Berkuda). Kehidupan beliau diperingkat ini mengambil masa dua belas tahun ( 152 – 164H ).Sebagai hasil dari usahanya, beliau telah mahir dalam ilmu bahasa dan sejarah di Sampingi lmu-ilmu yang berhubung dengan Al-Quran dan Al-Hadith. Selepas pulang dariperkampungan itu beliau meneruskan usaha pembelajarannya dengan beberapa mahaguru di Kota sehingga beliau menjadi terkenal. Dengan kecerdikan dan kemampuan ilmiahnya beliau telah dapat menarik perhatian seorang mahagurunya yaitu Muslim binKhalid Al-Zinji yang mengizinkannya untuk berfatwa sedangkan umur beliau masih lagi diperingkat remaja iaitu lima belas tahun.
      Al-Shafi’i di Madinah ( 164H – 179H )
      Sesudah itu beliau berpindah ke Madinah dan menemui Imam Malik. Beliau berdampingdengan Imam Malik di samping mempelajari ilmunya sehinggalah Imam Malik wafat pada tahun 179H, yaitu selama lima belas tahun.Semasa beliau bersama Imam Malik hubungan beliau dengan ulama-ulama lain yang menetap di kota itu dan juga yang datang dari luar berjalan dengan baik dan berfaedah. Dari sini dapatlah difahami bahawa beliau semasa di Madinah telah dapat mewarisi ilmu bukan saja dari Imam Malik tetapi juga dari ulama-ulama lain yang terkenal dikota itu.
      Al-Shafi’i di Yaman ( 179H – 184H )
      Ketika Imam Malik wafat pada tahun 179H, kota Madinah diziarahi oleh Gubenur Yaman.Beliau telah dicadangkan oleh sebahagian orang-orang Qurasyh Al-Madinah supayamencari pekerjaan bagi Al-Shafi’i. Lalu beliau melantiknya menjalankan satu pekerjaan diwilayah Najran. Sejak itu Al-Shafi’i terus menetap di Yaman sehingga berlaku pertukaran Gubenur wilayah itu pada 184H. Pada tahun itu satu fitnah ditimbulkan terhadap diriAl-Shafi’i sehingga beliau dihadapkan ke hadapan Harun Al-Rashid di Baghdad atas tuduhan Gubenur baru itu yang sering menerima kecaman Al-Shafi’i kerana kekejaman . Tetapi ternyata bahwa beliau tidak bersalah dan kemudiannya beliau dibebaskan.
      Al-Shafi’i di Baghdad ( 184H – 186H )
      Peristiwa itu walaupun secara kebetulan, tetapi membawa arti yang amat besar kepadaAl-Shafi’i kerana pertamanya, ia berpeluang menziarahi kota Baghdad yang terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan dan para ilmuan pada ketika itu. Keduanya, ia berpeluang bertemu dengan Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani, seorang tokoh Mazhab Hanafi dan sahabat karib Imam Abu Hanifah dan lain-lain tokoh di dalam Mazhab Ahl al-Ra’y. Dengan peristiwa itu terbukalah satu era baru dalam siri pengembaraan Al-Imam ke kota Baghdad yang dikatakan berlaku sebanyak tiga kali sebelum beliau berpindah ke Mesir.Dalam pengembaraan pertama ini Al-Shafi’i tinggal di kota Baghdad sehingga tahun 186H. Selama masa ini(184 – 186H) beliau sempat membaca kitab kitab Mazhab Ahl al-Ra’y dan mempelajarinya, terutamanya hasil tulisan Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani, disamping membincanginya di dalam beberapa perdebatan ilmiah di hadapan Harun Al-Rashid sendiri.
      Al-Shafi’i di Makkah ( 186H – 195H )
      Pada tahun 186H, Al-Shafi’i pulang ke Makkah membawa bersamanya hasil usahanya diYaman dan Iraq dan beliau terus melibatkan dirinya di bidang pengajaran. Dari sini muncullah satu bintang baru yang berkerdipan di ruang langit Makkah membawa satun afas baru di bidang fiqah, satu nafas yang bukan Hijazi, dan bukan pula Iraqi danYamani, tetapi ia adalah gabungan dari ke semua aliran itu. Sejak itu menurut pendapatsetengah ulama, lahirlah satu Mazhab Fiqhi yang baru yang kemudiannya dikenali denganMazhab Al-Shafi’i.Selama sembilan tahun (186 – 195H) Al-Shafi’i menghabiskan masanya di kota suci Makkah bersama-sama para ilmuan lainnya, membahas, mengajar, mengkaji di samping berusaha untuk melahirkan satu intisari dari beberapa aliran dan juga persoalan yang sering bertentangan yang beliau temui selama masa itu.
      Al-Shafi’i di Baghdad ( 195H – 197H
      Dalam tahun 195H, untuk kali keduanya Al-Shafi’i berangkat ke kota Baghdad. Keberangkatannya kali ini tidak lagi sebagai seorang yang tertuduh, sebagai seorang alim Makkah yang sudah mempunyai personalitas dan aliran fiqah yang tersendiri.Catatan perpindahan kali ini menunjukkan bahawa beliau telah menetap di negara itu selama dua tahun (195 – 197H).
      Di dalam masa yang singkat ini beliau berjaya menyebarkan “Method Usuli” yang berbeda dari apa yang dikenali pada ketika itu. Penyebaran ini sudah tentu menimbulkan satu respon dan reaksi yang luarbiasa di kalangan para ilmuan yang kebanyakannya adalah terpengaruh dengan method Mazhab Hanafi yang disebarkan oleh tokoh utama Mazhab itu, yaitu Muhammad bin Al-Hasan Al-Shaibani.Kata Al-Karabisi : “Kami sebelum ini tidak kenal apakah (istilah) Al-Kitab, Al- Sunnah dan Al-Ijma’, sehinggalah datangnya Al-Shafi’i, beliaulah yang menerangkan maksud Al-Kitab, Al-Sunnah dan Al-Ijma’”. Kata Abu Thaur : “Kata Al-Shafi’i : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyebut di dalam kitab-Nya) mengenai sesuatu maksud yang umum tetapi Ia menghendaki maksudnya yang khas, dan Ia juga telah menyebut sesuatu maksud yang khas tetapi Ia menghendaki maksudnya yang umum, dan kami (pada ketika itu) belum lagi mengetahui perkara-perkara itu, lalu kami tanyakan beliau …”Pada masa itu juga dikatakan beliau telah menulis kitab usulnya yang pertama atas permintaan ‘Abdul Rahman bin Mahdi, dan juga beberapa penulisan lain dalam bidang fiqih dan lain-lain.
      Al-Shafi’i di Makkah dan Mesir ( 197H – 204H )
      Sesudah dua tahun berada di Baghdad (197H) beliau kembali ke Makkah. Pada tahun198H, beliau keluar semula ke Baghdad dan tinggal di sana hanya beberapa bulan sahaja.Pada awal tahun 199H, beliau berangkat ke Mesir dan sampai ke negara itu dalam tahunitu juga. Di negara baru ini beliau menetap sehingga ke akhir hayatnya pada tahun 204H.Imam As-Shafi’i wafat pada tahun 204H. Asas Fiqih dan Ushul Fiqih kemudian disebar dandiusaha-kembangkan oleh para sahabatnya yang berada di Al-Hijaz, Iraq dan Mesir.Berlanjut ke bagian 2

      0 komentar:

      Posting Komentar

      Subscribe To RSS

      Sign up to receive latest news