• Jumat, 05 Oktober 2012

      Biografi Imam Syafi`i (bag: 3)


      Metode Penyusunan kitab
      Methode Penulisan Kitab-Kitab Qadim . Berhubung dengan methode penulisan kitab “Al-Hujjah” dan lain-lain belum dapat di pastikan dengan yakin kerana naskah asalnya belum diketemukan , kemungkinan masih ada naskah asalnya atau kemungkinan juga sudah hilang atau rusak dimakan zaman. Walau bagaimana pun ini hanya satu kemungkinan saja. dari methode penulisan di zamannya sangat diwarnahi dengan perbedaan pendapat pada mazhab-mazhab fuqaha’ di dalam beberapa masalah, umpamanya perbedaan pendapat di antara mazhab beliau dengan Mazhab Hanafi dan juga Mazhab Maliki. Keadaan ini dapat kita lihat dalam penulisan kitab “Al-Um” yang pada asalnya adalah kumpulan dari beberapa buah kitab Mazhab Qadimnya. Setiap kitab itu masing-masing membawa tajuknya yang tersendiri, kemudian kitab itu dijadikan pada bab-bab kecil yang juga mempunyai tajuk-tajuk tersendiri. Didalam setiap bab ini dimuatkan dengan segala macam masalah fiqih yang tunduk kepada tajuk besar yaitu tajuk bagi sesuatu kitab, umpamanya kitab “Al-Taharah”, ia mengandungi tiga puluh tujuh tajuk bab kecil, kesemua kandungan bab-bab itu ada kaitannya dengan Kitab “Al-Taharah”. banyak di antara para sahabatnya di Iraq yang meriwayatkan fatwa-fatwa qadimnya, di antara yang termasyhur ada empat orang `Ulama yaitu :

      Abu Thaur, Ibrahim bin Khalid yang wafat pada tahun 240 H.

      Al-Za’farani, Al-Hasan bin Muhammad bin Sabah yang wafat pada tahun 260 H.
      Al-Karabisi, Al-Husain bin ‘Ali bin Yazid, Abu ‘Ali yang wafat pada tahun 245 H.

      Ahmad bin Hanbal yang wafat pada tahun 241 H.

      Menurut Al-Asnawi, Al-Syafi’i adalah ‘ulama’ pertama yang hasil penulisannya meliputi banyak bab di dalam Ilmu Fiqih. Perpindahan beliau ke Mesir pada tahun 199 H menyebabkan berlakunya satu rombakan besar terhadap fatwa lamanya. Perombakan ini adalah berpuncak dari penemuan beliau dengan dalil-dalil baru yang belum ditemuinya selama ini, atau kerana beliau mendapati hadis-hadis yang sahih yang tidak sampai ke pengetahuannya ketika beliau menulis kitab-kitab qadimnya, atau kerana hadis-hadis itu terbukti sahihnya sewaktu beliau berada di Mesir. Yang kesahihannya selama ini belum beliau ketahui. Kerana itu beliau telah menolak sebahagian besar fatwa lamanya dengan berdasarkan kepada prinsipnya :“Apabila ditemui sesebuah hadis yang sahih maka itulah Mazhab saya”.Di dalam kitab “Manaqib Al-Syafi’i”, Al-Baihaqi telah menyebut nama beberapa buah kitab lama (Mazhab Qadim) yang dikarang oleh Imam Al-Shafi’i dan diubah sebahagian fatwanya, di antara kitab-kitab itu ialah :-

      1. Al-Risalah 2. Kitab al-Siyam 3. Kitab al-Sadaq 4. Kitab al-Hudud 5. Kitab al-Rahn al-Saghir 6. Kitab al-Ijarah 7. Kitab al-Jana’iz
      Menurut Al-Baihaqi lagi Al-shafi’i telah menyuruh supaya dibakar kitab-kitab lamanya yang mana fatwa ijtihadnya telah diubah. Catatan Al-Baihaqi itu menunjukkan bahawa Al-Shafi’i Rahimahullah melarang para sahabatnya meriwayatkan pendapat-pendapat lamanya yang ditolak oleh orang banyak. Walaupun begitu kita masih menemui pendapat-pendapat qoul qodim beliau itu di dalam kitab-kitab fuqaha’ mazhabnya baik kitab-kitab yang ditulis oleh fuqaha’ yang terdahulu atau pun fuqaha’ yang terkemudian. Kemungkinan hal ini berlaku kerana kitab-kitab lamanya yang diriwayatkan oleh Al-Za’farani, Al-Karabisi dan lain-lain sudah tersebar dengan luasnya di Iraq dan diketahui umum, terutama di kalangan ulama yang menerima pendapat-pendapatnya yang belum mengetahui akan larangan beliau .Para fuqaha’ itu bukan saja mencatat pendapat-pendapat lamanya di dalam penulisan mereka, malah menurut Al-Nawawi ada di antara mereka yang berani mentarjihkan pendapat-pendapat itu apabila mereka mendapatinya didukung oleh hadis-hadis yang sahih.Pentarjihan mereka ini tidak pula dianggap menyalahi kehendak Al-Shafi’i,Rahimahullah malahan itulah pendapat mazhabnya yang berdasarkan kepada prinsipnya : “Apabila ditemui sesebuah hadis yang sahih itulah mazhab saya”.Tetapi apabila sesuatu pendapat lamanya itu tidak didukung oleh hadis yang sahih kita akan menemui dua sikap di kalangan fuqaha’ Mazhab Al-Syafi’i :
      Pertama :
      Pendapat itu harus dipilih dan digunakan oleh seseorang mujtahid MazhabAl-Syafi’i atas dasar ia adalah pendapat Al-Syafi’i Rahimahullah yang tidak dimansuhkan olehnya, kerana seseorang mujtahid (seperti Al-Syafi’i Rahimahullah) apabila ia mengeluarkan pendapat barunya yang berbeda dengan pendapat lamanya tidaklah bererti bahwa ia telah menarik pendapat pertamanya, bahkan di dalam masalah itu dianggap mempunyai dua pendapatnya.
      Kedua :
      Tidak harus ia memilih pendapat lama itu. Inilah pendapat jumhur fuqaha’Mazhab Al-Syafi’i kerana pendapat lama dan baru adalah dua yang berselisihan yang mustahil dapat diselaraskan kedua-duanya.


      Imam Syafi’i r.a. (150H – 204H ) Kitab-kitab Mazhab Jadid

      Di antara kitab-kitab beliau yang penulisannya di Mesir diantaranya ialah :
      i. Al-Risalah. Kitab ini telah ditulis buat pertama kalinya sebelum beliau berpindah ke Mesir.
      ii. Beberapa buah kitab di dalam hukum-hukum furu’ yang terkandung di dalam kitab “Al-Um”, seperti :-
      a) Di dalam bab Taharah :
      1. Kitab al-Wudu’ 2. Kitab al-Tayammum 3. Kitab al-Taharah 4. Kitab Masalah al-Mani 5. Kitab al-Haid

      B) Di dalam bab Solah :
      6. Kitab Istiqbal al-Qiblah 7. Kitab al-Imamah 8. Kitab al-Jum’ah 9. Kitab Solat al-Khauf 10. Kitab Solat al-‘Aidain 11. Kitab al-Khusuf 12. Kitab al-Istisqa’ 13. Kitab Solat al-Tatawu’ 14. Al-Hukm fi Tarik al-Solah 15. Kitab al-Jana’iz 16. Kitab Ghasl al-Mayyit

      c) Di dalam bab Zakat :
      17. Kitab al-Zakah 18. Kitab Zakat Mal al-Yatim 19. Kitab Zakat al-Fitr 20. Kitab Fard al-Zakah 21. Kitab Qasm al-Sadaqat

      d) Di dalam bab Siyam (Puasa) :
      22. Kitab al-Siyam al-Kabir 23. Kitab Saum al-Tatawu’ 24. Kitab al-I’tikaf

      e) Di dalam bab Haji :
      25. Kitab al-Manasik al-Kabir 26. Mukhtasar al-Haj al-Kabir 27. Mukhtasar al-Haj al-Saghir

      f) Di dalam bab Mu’amalat :
      28. Kitab al-Buyu’ 29. Kitab al-Sarf 30. Kitab al-Salam 31. Kitab al-Rahn al-Kabir 32. Kitab al-Rahn al-Saghir 33. Kitab al-Taflis 34. Kitab al-Hajr wa Bulugh al-Saghir 35. Kitab al-Sulh 36. Kitab al-Istihqaq 37. Kitab al-Himalah wa al-Kafalah 38. Kitab al-Himalah wa al-Wakalah wa al-Sharikah 39. Kitab al-Iqrar wa al-Mawahib 40. Kitab al-Iqrar bi al-Hukm al-Zahir 41. Kitab al-Iqrar al-Akh bi Akhihi 42. Kitab al-‘Ariah 43. Kitab al-Ghasb 44. Kitab al-Shaf’ah

      g) Di dalam bab Ijarat (Sewa-menyewa) :
      45. Kitab al-Ijarah 46. Kitab al-Ausat fi al-Ijarah 47. Kitab al-Kara’ wa al-Ijarat 48. Ikhtilaf al-Ajir wa al-Musta’jir 49. Kitab Kara’ al-Ard 50. Kara’ al-Dawab 51. Kitab al-Muzara’ah 52. Kitab al-Musaqah 53. Kitab al-Qirad 54. Kitab ‘Imarat al-Aradin wa Ihya’ al-Mawat

      h) Di dalam bab ‘Ataya (Hadiah-menghadiah) :

      55. Kitab al-Mawahib 56. Kitab al-Ahbas 57. Kitab al-‘Umra wa al-Ruqba

      i) Di dalam bab Wasaya (Wasiat) :
      58. Kitab al-Wasiat li al-Warith 59. Kitab al-Wasaya fi al-‘Itq 60. Kitab Taghyir al-Wasiah 61. Kitab Sadaqat al-Hay’an al-Mayyit 62. Kitab Wasiyat al-Hamil

      j) Di dalam bab Faraid dan lain-lain :
      63. Kitab al-Mawarith 64. Kitab al-Wadi’ah 65. Kitab al-Luqatah 66. Kitab al-Laqit

      k) Di dalam bab Nikah :
      67. Kitab al-Ta’rid bi al-Khitbah 68. Kitab Tahrim al-Jam’i 69. Kitab al-Shighar 70. Kitab al-Sadaq 71. Kitab al-Walimah 72. Kitab al-Qism 73. Kitab Ibahat al-Talaq 74. Kitab al-Raj’ah 75. Kitab al-Khulu’ wa al-Nushuz 76. Kitab al-Ila’ 77. Kitab al-Zihar 78. Kitab al-Li’an 79. Kitab al-‘Adad 80. Kitab al-Istibra’ 81. Kitab al-Rada’ 82. Kitab al-Nafaqat

      l) Di dalam bab Jirah (Jenayah) :
      83. Kitab Jirah al-‘Amd 84. Kitab Jirah al-Khata’ wa al-Diyat 85. Kitab Istidam al-Safinatain 86. Al-Jinayat ‘ala al-Janin 87. Al-Jinayat ‘ala al-Walad 88. Khata’ al-Tabib 89. Jinayat al-Mu’allim 90. Jinayat al-Baitar wa al-Hujjam 91. Kitab al-Qasamah 92. Saul al-Fuhl

      m) Di dalam bab Hudud :
      93. Kitab al-Hudud 94. Kitab al-Qat’u fi al-Sariqah 95. Qutta’ al-Tariq 96. Sifat al-Nafy 97. Kitab al-Murtad al-Kabir 98. Kitab al-Murtad al-Saghir 99. Al-Hukm fi al-Sahir 100. Kitab Qital ahl al-Baghy

      n) Di dalam bab Siar dan Jihad :
      101. Kitab al-Jizyah 102. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Auza’i 103. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Waqidi 104. Kitab Qital al-Mushrikin 105. Kitab al-Asara wa al-Ghulul 106. Kitab al-Sabq wa al-Ramy 107. Kitab Qasm al-Fai’ wa al-Ghanimah

      o) Di dalam bab At’imah (Makan-makanan) :
      108. Kitab al-Ta’am wa al-Sharab 109. Kitab al-Dahaya al-Kabir 110. Kitab al-Dahaya al-Saghir 111. Kitab al-Said wa al-Dhabaih 112. Kitab Dhabaih Bani Israil 113. Kitab al-Ashribah

      p) Di dalam bab Qadaya (Kehakiman) :
      114. Kitab Adab al-Qadi 115. Kitab al-Shahadat 116. Kitab al-Qada’ bi al-Yamin ma’a al-Shahid 117. Kitab al-Da’wa wa al-Bayyinat 118. Kitab al-Aqdiah 119. Kitab al-Aiman wa al-Nudhur

      q) Di dalam bab ‘Itq (Pembebasan) dan lain-lain :
      120. Kitab al-‘Itq 121. Kitab al-Qur’ah 122. Kitab al-Bahirah wa al-Sa’ibah 123. Kitab al-Wala’ wa al-Half 124. Kitab al-Wala’ al-Saghir 125. Kitab al-Mudabbir 126. Kitab al-Mukatab 127. Kitab ‘Itq Ummahat al-Aulad 128. Kitab al-Shurut

      Di samping kitab-kitab di atas ada lagi kitab-kitab lain yang dikatagorikan oleh al-Baihaqi sebagai kitab-kitab usul, tetapi ia juga mengandungi hukum-hukum furu’, seperti :-

      1. Kitab Ikhtilaf al-Ahadith 2. Kitab Jima’ al-Ilm 3. Kitab Ibtal al-Istihsan 4. Kitan Ahkam al-Qur’an 5. Kitab Bayan Fard al-Lah, ‘Azza wa Jalla 6. Kitab Sifat al-Amr wa al-Nahy 7. Kitab Ikhtilaf Malik wa al-Shafi’i 8. Kitab Ikhtilaf al-‘Iraqiyin 9. Kitab al-Rad ‘ala Muhammad bin al-Hasan 10. Kitab ‘Ali wa ‘Abdullah 11. Kitab Fada’il Quraysh.


      Ada sebuah lagi kitab al-Shafi’i yang dihasilkan dalam Ilmu Fiqah yaitu “al-Mabsut”. Kitab ini diperkenalkan oleh al-Baihaqi dan beliau menamakannya dengan “al-Mukhtasar al-Kabir wa al-Manthurat”, tetapi pada pendapat setengah ulama kemungkinan ia adalah kitab “al-Um”.


      ( bersambung ke Bag 4 )

      0 komentar:

      Posting Komentar

      Subscribe To RSS

      Sign up to receive latest news