• Jumat, 05 Oktober 2012

      Biografi Imam Syafi`i ( bag 2)



      Imam Syafi’i r.a. (150H – 204H )
      FATWA-FATWA IMAM AL-SHAFI’I
      Perpindahan beliau ke Mesir mengakibatkan satu perubahan besar dalam Mazhabnya. Kesan perubahan ini melibatkan banyak fatwanya semasa beliau di Baghdad turut sama berubah. Banyak kandungan kitab-kitab fiqihnya yang beliau hasilkan di Baghdad  direvisi kembali.Dengan ini terdapat dua fatwa bagi As-Shafi’i, fatwa lama dan fatwa barunya. Fatwa lama ialah segala fatwa yang diucapkan atau ditulis semasa beliau berada di Iraq, fatwa barunya ialah fatwa yang diucapkan atau ditulis ketika semasa beliau berada di Mesir. Kadang-kadang dipanggil fatwa lamanya dengan Mazhabnya yang lama atau Qaul Qadim dan fatwa barunya dinamakan dengan Mazhab barun atau Qaul Jadid.
      Di sini harus kita fahami bahawa tidak semua fatwa barunya menyalahi fatwa lamanya dan tidak pula kesemua fatwa lamanya dibatalkannya, malahan ada di antara fatwa barunya yang menyalahi fatwa lamanya dan ada juga yang sama dengan yang lama. Kata Imam Al-Nawawi : “Sebenarnya sebab dikatakan kesemua fatwa lamanya itu ditarik kembali dan tidak diamalkannya hanyalah berdasarkan pada umumnya saja”.

      PARA SAHABAT IMAM AL-SHAFI’I

      Di antara para sahabat Imam Al-Shafi’i Rohimahulloh yang terkenal di Al-Hijaz (Makkah dan Al-Madinah) ialah :-
      · Abu Bakar Al-Hamidi, ‘Abdullah bun Al-Zubair Al-Makki yang wafat pada tahun 219H.
      · Abu Wahid Musa bin ‘Ali Al-Jarud Al-Makki yang banyak menyalin kitab-kitab Al-Shafi’i.Tidak diketahui tarikh wafatnya.
      · Abu Ishak Ibrahim bin Muhammad bin Al-‘Abbasi bin ‘Uthman bin Shafi ‘Al-Muttalibi yang wafat pada tahun 237H.
      · Abu Bakar Muhammad bin Idris yang tidak diketahui tarikh wafatnya.
      Sementara di Iraq pula kita menemui banyak para sahabat Imam Al-Shafi’i yang terkenal, di antara mereka ialah :-
      · Abu ‘Abdullah Ahmad bin Hanbal, Imam Mazhab yang keempat. Beliau wafat pada tahun 241
      · Abu ‘Ali Al-Hasan bin Muhammad Al-Za’farani yang wafat pada tahun 249H.
      Abu Thaur Ibrahim bin Khalid Al-Kalbi yang wafat pada tahun 240H.
      · Al-Harith bin Suraij Al-Naqqal, Abu ‘Umar. Beliau wafat pada tahun 236H
      · .Abu ‘Ali Al-Husain bin ‘Ali Al-Karabisi yang wafat pada tahun 245H.
      · Abu ‘Abdul RahmanAhmad bin Yahya Al-Mutakallim. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
      · Abu Zaid ‘Abdul Hamid bin Al-Walid Al-Misri yang wafat pada tahun 211H.
      Al-Husain Al-Qallas. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
      · ‘Abdul ‘Aziz bin Yahya Al-Kannani yang wafat pada tahun 240H.
      · ‘Ali bin ‘Abdullah Al-Mudaiyini.
      Di Mesir pula terdapat sebilangan tokoh ulama yang kesemua mereka adalah sahabat Imam Al-Shafi’i,seperti :-
      · Abu Ibrahim Isma’il bin Yahya bin ‘Amru bin Ishak Al-Mudhani yang wafat pada tahun 264H.
      · Abu Muhammad Al-Rabi’ bin Sulaiman Al-Muradi yang wafat pada tahun .
      · Abu Ya’kub Yusuf bin Yahya Al-Misri Al-Buwaiti yang wafat pada tahun 232H.
      · Abu Najib Harmalah bin Yahya Al-Tajibi yang wafat pada tahun 243H.
      · Abu Musa Yunus bin ‘Abdul A’la Al-Sadaghi yang wafat pada tahun 264H.
      · Abu ‘Abdullah Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Hakam Al-Misri yang wafat pada tahun268H.
      · Al-Rabi’ bin Sulaiman Al-Jizi yang wafat pada tahun 256H.
      Dari usaha gigih mereka, Mazhab Al-Shafi’i tersebar dan berkembang luas di seluruh rantau Islam dizaman-zaman berikutnya.

      PERKEMBANGAN MAZHAB IMAM AL-SHAFI’I
      Menurut Ibn Al-Subki bahawa Mazhab Al-Shafi’I telah berkembang dan menjalar pengaruhnya dibanyak wilayah, di kota dan di desa, di seluruh rantau negara Islam. Pengikut-pengikutnya terdapat di Iraq dan kawasan-kawasan sekitarnya, di Naisabur, Khurasan, Muru, Syria, Mesir, Yaman,Hijaz, Iran dan di negara-negara timur lainnya hingga ke India dan sempadan negara China.Penyebaran yang sebegini meluas setidak-tidaknya membayangkan kepada kita sejauh mana kewibawaan peribadi Imam Al-Shafi’i Rohimahulloh sebagai seorang tokoh ulama dan keunggulan Mazhabnya sebagai satu-satunya aliran fiqih yang menyebar ke seantero wilayah dari zaman sampai saat kini.

      Imam Syafi’i r.a. (150H – 204H )

      IMAM AL-SHAFI’I  DAN  KITABNYA

      Permulaan Mazhabnya
      Sebenarnya penulisan Imam Al-Shafi’i secara umumnya mempunyai pertalian yang rapat dengan pembentukan Mazhabnya. Menurut Muhammad Abu Zahrah bahawa pembentukan Mazhabnya hanya bermula sejak sekembalinya dari kunjungan ke Baghdad pada tahun 186 H. Sebelum itu Al-Shafi’i Rohimahulloh .adalah salah seorang pengikut Imam Malik Rohimahulloh yang sering mempertahankan pendapatnya dan juga pendapat fuqaha’ Al-Madinah lainnya dari kecaman dan kritikan fuqaha’ Ahl Al-Ra’y. Sikapnya yang sebegini meyebabkan beliau  terkanal dengan panggilan “Nasir Al-Hadith”.
      Detik terawal Mazhabnya bermula apabila beliau membuka tempat pengajarannya (halaqoh) di MasjidAl-Haram. Usaha beliau dalam memperkembangkan Mazhabnya itu boleh di bagi kepada tiga faset :
      · Fase 1. di Makkah (186 – 195H)
      · Fase 2. di Baghdad (195 – 197H)
      · Fase 3. di Mesir (199 – 204H)
      Dalam setiap fase diatas beliau mempunyai banyak murid dan para pengikut yang telah menerima dan menyebarkan segala pendapat ijtihad dan juga hasil kajiannya.

      Penulisan Pertamanya

      Memang agak sulit untuk menentukan apakah kitab pertama yang dihasilkan oleh Al-Shafi’i Rohimahulloh dan dimana dan selanjutnya apakah kitab pertama yang dihasilkannya dalam Ilmu Fiqih dan di mana?Kesulitan ini adalah berpuncak dari tidak adanya keterangan yang jelas mengenai kedua-dua perkara tersebut. Pengembaraannya dari satu tempat ke satu tempat yang lain. dan pulangnya semula ke tempat asal tambah menyulitkan lagi untuk  menentukan di tempat mana beliau memulai usaha penulisannya.
      Sesudah mengamati beberapa buah kitab lama dan baru yang menyentuh sejarah hidupnya, hanya beberapa tanda yang menunjukkan bahwa kitab “Al-Risalah” adalah ditulis atas permintaan ‘Abdul Rahman bin Mahdi, yaitu sebuah kitab di dalam Ilmu Usul, keterangan inipun tidak  menyebutkan apakah kitab ini merupakan hasil penulisannya yang pertama atau sebelumnya sudah ada kitab lain yang dihasilkannya. Di samping adanya persilisihan pendapat di kalangan ‘ulama berhubung dengan tempat di mana beliau menghasilkan penulisan kitabnya itu. Ada pendapat yang mengatakan bahawa beliau menulisnya sewaktu beliau berada di Makkah dan ada juga pendapat yang mengatakan bahawa beliau menulisnya ketika berada di Iraq.
      Kata Ahmad Muhammad Shakir : “Al-Shafi’I telah mengarang beberapa buah kitab yang jumlahnya agak banyak, sebagian beliau sendiri yang menulisnya, lalu dibacakannya kepada orang banyak .Sebagian  beliau yang merencanakannya saja kepada para sahabatnya. Untuk mengira jumlah kitab-kitabnya itu memanglah sukar kerana sebagian besar  telah hilang. Kitab-kitab itu telah dihasilkan penulisannya ketika beliau berada di Makkah, di Baghdad dan di Mesir”.
      Kalaulah keterangan di atas boleh di-pertanggungjawab-kan maka dapatlah kita membuat satu kesimpulan bahawa Al-Shafi’i Rohimahulloh  telah memulai penulisannya sewaktu beliau di Makkah , dan kemungkinan kitabnya yang pertama yang dihasilkannya ialah kitab “Al-Risalah”. Al-Hujjah Dan Kitab-kitab Mazhab Qadim
      Di samping “Al-Risalah” terdapat sebuah kitab lagi yang sering disebut-sebut oleh para ulama sebagai sebuah kitab yang mengandung fatwa Mazhab Qadim yaitu “Al-Hujjah”.  keterangan mengenai kitab inipun  tidak menunjukkan bahawa itu adalah kitab pertama yang di tulis di dala bidang Ilmu Fiqih semasa beliau berada di Iraq, dan masa penulisannya pun tidak begitu jelas. Menurut beberapa keterangan, beliau menuliskan itu pada waktu beliau berpindah ke negara itu pada kali keduanya, yiaitu di antara tahun-tahun 195 – 197H.
      Bersama-sama “Al-Hujjah” itu terdapat beberapa buah kitab lain di dalam Ilmu Fiqih yang beliau hasilkan sendiri penulisannya atau beliau merencanakannya kepada para sahabatnya di Iraq,diantaranya seperti kitab-kitab berikut :

      Al-Mahali
      Kitab Al-Hajj
      Kitab Zihar

      Majma’ Al-Kafi
      Kitab Al-I’tiaf
      Kitab Lian

      Uyun Al- Masail
      Kitab Buyu’
      Kitab Hudud

      Kitab Al-Sunan
      Kitab Al-Rahn
      Kitabqodhya

      Kitab Thaharah
      Kitab Al-Ijarah
      Kitab Illa

      Kitab Asalah
      Kitab Nikah
      Kitab Al-‘Itqu

      Kitab Al-Zakah
      Kitab Thalaq
      Kitab Hibah

      Al-Shiam
      Kitab Shadaqoh
      Dan Lain-Lain

           Setengah riwayat pula  menyebutkan bahwa kitab pertama yang dihasilkan oleh Al-Shafi’i Rohimahulloh adalah didalam bentuk Tanya jawab, yaitu satu penulisan yang ditujukan pada fuqaha’ ahlil-Ra’y sebagai menjawab kecaman-kecaman mereka terhadap Imam Malik Rohimahulloh dan fuqaha’AlMadinah
      .Kenyataan mereka ini berdasarkan kepada riwayat Al-Buwaiti : “Kata Al-Shafi’i Rohimahulloh : Ashab Al-Hadith (pengikut Imam MalikRohimahulloh ) telah berhimpun bersama-sama saya. Mereka telah meminta saya menulis satu jawaban terhadap kitab Abu Hanifah. Saya menjawab bahawa saya belum lagi mengetahui pendapat mereka, berilah peluang supaya dapat saya melihat kitab-kitab mereka. Lantas saya meminta supaya disalinkan kitab-kitab itu.Lalu disalin kitab-kitab Muhammad bin Al-Hasan untuk saya baca. Saya membacanya selama setahun sehingga saya dapat menghafalkan kesemuanya. Kemudian barulah saya menulis kitab saya di Baghdad. Kalaulah berdasarkan kepada keterangan di atas, maka kitab pertama yang dihasilkan oleh Al-Shafi’i semasa beliau di Iraq ialah sebuah kitab dalam bentuk jawaban dan perdebatan, dan cara penulisannya adalah sama dengan cara penulisan ahl al-Ra’y. Ini juga menunjukkan bahawa masa penulisannya itu lebih awal dari masa penulisan kitab “Al-Risalah”, yaitu di antara tahun-tahun 184 – 186 H. Berlanjut (Bag 3)

      0 komentar:

      Posting Komentar

      Subscribe To RSS

      Sign up to receive latest news